CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 9, 2009

Ramai yang tak dapat desasiswa???????

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 9 april, keputusan desasiswa diumumkan di healhty campus. Malangnya ramai yang tidak dapat desasiswa dan terpaksa buat rayuan. Di kala final exam nak tiba ni, banyak pula malang yang datang bertimpa, ramai yang tidak dapat desasiswa. Pada malam 10 April, MPPUSM akan bersidang untuk mencari penyelesaian bagaimana hendak membantu menyelesaikan masalah pelajar ini, selaku YDPMPPUSM, saya cuba menaikkan dan perjuangkan isu ini kepada Majlis Pengawa-Pengawa Desasiswa dan Pentadbiran tertinggi universiti untuk diperhalusi kembali. Kami akan cuba mencari jalan penyelesaian yang bersifat 'win-win situation' dalam hal ini.


Saya sedar bahawa sistem merit desasiswa telah dilaksanakan dan tambahan pula USM sekarang berada dibawah APEX universiti program,USM akan mengurangkan pengambilan student undergraduate dan meningkatkan bilangan pelajar postgraduate secara mendadak. Kesannya, ramai yang terpaksa menginap di luar desasiswa USM. Kebarangkalian, semua pelajar undergraduate akan ditempatkan di desasiswa RST dan pelajar postgraduate akan ditempatkan di dalam. Pelbagai kajian perlu untuk diperhalusi oleh pihak universiti supaya pertimbangan yang adil dan telus dilakukan.Pada hemat saya ini adalah pelaksanaan terhadap apa yang telah universiti janjikan supaya merit desa akan dilaksanakan pada sidang ini.Sekarang kita lihat ramai yang tidak dapat desa kemungkinan akibat daripada unit desa yang kurang. Kami akan cuba meminta universiti menunjukkan pelaksanaan dan jumlah perkiraan unit desa semua pelajar. 'Transparent enforcement' ini penting agar pelaksanaannya telus untuk pelajar terima.Disamping itu, pelajar boleh mempertikaikan keputusan yang kemungkinan ada ralat dimana mana bahagian dalam pelaksanaan merit desa ini. Saya yakin pihak univerisiti amat perihatin dengan hal ehwal kebajikan pelajar. Sepanjang saya menjadi wakil pelajar, tidak pernah pihak universiti mengambil sikap endah tidah endah terhadap isu kebajikan pelajar. Pihak universiti sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelajar. Jadi marilah kita bersama-sama universiti untuk memperbaiki mana-mana bahagian yang perlu ditambahbaik. khususnya dalam isu desasiswa ini.
InsyaAllah kita berdoa bersama-sama agar semua perbincangan MPPUSM dengan pihak universiti akan dipertimbangkan dengan adil dan saksama.Saya menerima apa yang telah pihak universiti lakukan, kerana pihak universiti telah memaklumkan kepada semua pelajar berhubung dengan sistem merit desa ini. Tetapi saya mengharapkan 'transparant enforcement' daripada pelaksanaan itu dapat di jelaskan kepada semua pelajar agar jika ada merit yang tersilap boleh pelajar itu sendiri perbaiki.Saya berharap semua rakan-rakan dapat memberi kerjasama terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak MPPUSM dan universiti yang kita cintai. sekian.. 'memimpin kelestarian, memacu kecemerlangan'

11 comments:

nikillas said...

moga2 masalah ini dapat di selesaikan secepat mungkin..

pelajar USM Kampus Kejuruteraan,
http://www.nikillas.co.cc

tamsisanc said...

humban je yg x mau menyubang ke luar.

Tinta Mujahidah said...

ape

Tinta Mujahidah said...

ape wajar ke student dibuang gtu saja?
bende drastik sgt, mane blh gni!!!
ydpmpp, cepat bertindak
jgn nk dok ikut arahan HEP saja

tamsisanc said...

mana ade dratik..aku dh 3rd year kt usm..aku rse dr aku 1st year dh d gtaw..kne aktif..mse 2nd year..pon dh ade ura-ura nak idupkan balik sitem unit desa..dan semua pelajar dah digalakkan diri melibatkan diri dalam aktvt..tp buat x reti..mujur baru buat thun ni..maknenye..dh bg mse setahun utk pelajar tu libatkan diri dalam aktiviti..bajet sibuk nak bagai..kalau kt u lain..2nd year dah kene kuar kalau x aktif..

Shafiq Aziz said...

kepada tinta mujahidah, saya paham perasaan kamu. bawa bertenang, universiti masih buka rayuan, kita boleh lagi merayu untuk dapat desa tu.saya juga dah naikkan perkara ni kepada TNC HEPP dan hari selasa ni TNC ade di kampus, saya akan bincang sekali lagi dengan TNC.untuk bantu student-student yang aktif, tapi tak dapat desa. dan bantu student yang ada masalah-masalah lain.Universiti masih lagi perihatin terhadap studentnya. cuma kita kene berhemah dalam berbicara k.MPPUSM dah buka kaunter aduan kepada pelajar yang tak dapat desasiswa, dan aduan-aduan tersebut akan di tunjukkan terus kepada TNC kita. TNC takde kat usm sekarang.hari selasa baru ada.. terima kasih kerana keperihatinan anda. Hep tak penah pun beri arahan kepada kami untuk menyebabkan ramai student tak dapat desa.

“ Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip dan mencari- mencari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani"

tamsisanc said...

mcm ni baru cool shafiq..

Putra Haikaz said...

salam, semoga berjaya tuan YDP .. hehehe

abu musarrif bin abu bakar said...

salam -suara dari insan2 kerdil sekitar usm,sntiasa mengaharapkan prlaksanaan dan pgurusan y telus dan cekap dari pihak atasan!diharap berita yang lebih jelas dan terkini mengenai isu hak kebajikan pelajar sentiasa dihebahkan,dan bukannya mengharapkan buletin kampus sahaja.Apa2pon kami insan kerdil ini mengucapkan ribuan terima kasih kpd skuad MPP yang bertungkus lumus berbakti pada siswa dan siswi.Hanya ALLAH boleh membalas jasa kalian.Amenn..TQ

Aneroid said...

selamat menjalankan tugas yb-yb mpp sekalian.

Haris Angel said...

Salam sejahtera.....terkejut bila saya terbaca ini kat Star. Kerajaan tiada duit? Mana pergi semua duit untuk bantu rakyat?

http://thestar.com.my/education/story.asp?file=/2009/5/10/education/3848450&sec=education

Give exemptions to top grads
By KAREN CHAPMAN
STUDENTS who obtain first class honours in their undergraduate degrees should be exempted from repaying their National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loans.

Kedah Gerakan youth chief Tan Keng Liang in an open letter to Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dated Wednesday, said this would serve as recognition by the Government of the students’ academic excellence.

He said it would also be in line with the promotion of better quality undergraduates in local universities.

“The minister should also consider allowing a 30% discount for graduates when repaying their PTPTN loans if they obtain second class upper degrees,” he said in his open letter which was also distributed to the media.

Tan hoped Mohamed Khaled would consider the requests as before July 1, 2005, graduates who obtained first class honours could be exempted from the repayment of their loans, which has since been discontinued.

He said currently there were students who were given full scholarships to enter local universities before achieving any result and who might not perform up to expectation.

“It would be disappointing to see that Malaysian students who were not granted scholarships initially but who actually performed up to expectation, not being rewarded for their academic excellence,” he said.

In an immediate response, Mohamed Khaled said the Cabinet had decided on this matter about two years ago.

“We can only consider this when the financial situation of PTPTN is sustainable,” he said when contacted.

PTPTN chief executive officer Yunos Abd Ghani said the corporation was presently unable to consider the requests.

“The amount would be too much for the corporation to absorb,” he said.

On Tuesday, Mohamed Khaled had said the ministry was currently conducting research on how to ensure the sustainability of the PTPTN.

“If the PTPTN funds continue to operate as they are, we will have a RM42bil deficit by 2020,” he said.