CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 12, 2009

Syukurlah..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. dah lama rasanya tak update blog. minta maaf ya pembaca sekalian. Alhamdulillah, pada hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis sedikit pengisian dan perkongsian tentang apa yang sudah saya lalui hampir dekat satu bulan menjadi salah seorang ahli majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia.Pada awalnya pelbagai perjumpaan di luar dan di dalam universiti telah saya hadiri. Antaranya bengkel kelestarian, perutusan menteri pengajian tinggi, perjumpaan ECO team dan sebagainya.Kemudian, selepas perlantikan rasmi MPP yang diadakan di DTSP pada 2 Februari 2009, saya dan rakan-rakan ahli majlis perwakilan pelajar telah membina cita-cita untuk menjaga dan memperbaiki kebajikan pelajar disamping bersama-sama universiti dalam memacu pembangunan universiti bertaraf 5 bintang dan universiti APEX.




Disamping menanam cita-cita murni tersebut, beberapa perancangan telah pun kami rangka dan sedang kami jalankan untuk memastikan hubungan antara mahasiswa USM dan kami selaku perwakilan mereka. Antaranya, saya dan rakan-rakan MPP sedang melakukan perjumpaan pertama dengan semua Majlis Penghuni Desasiswa USM di desa masing-masing untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh semua penghuni desasiswa di universiti yang kita cintai ini. Pada hemat kami, hubungan yang baik antara MPP dan MPD adalah satu platform yang terbaik kepada kami untuk mengenal pasti masalah kebajikan pelajar secara menyeluruh. Kerana majoriti pelajar USM, tinggal di desasiswa.


Syukur ke hadrat Illahi, pada minggu ini, kesemua portfolio dalam kepimpinan MPP telah ke beberapa jabatan contohnya jabatan keselamatan, unit biasiswa dan pinjaman, dan sebagainya untuk mengambil keterangan dan berbincang dengan pihak mereka terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perjumpaan dengan setiap MPD. Keterangan penuh akan di update setelah tamat perjumpaan dengan semua desasiswa InsyaALLAH.
Perancangan dan tindakan susulan akan dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan kita semua mendapat faedah yang optimum di dalam universiti yang kita cintai ini. Tapi kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan, hal ini kerana tuhan akan menambahkan nikmat yang kita dapat kalau kita sentiasa bersyukur. ameen. mudah mudahan.
Kawan-kawan, doakan agar kepimpinan MPP dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi. sebarang teguran dan pandangan bolehlah kita bawa berbincang bersama-sama. terima kasih.


Renungan bersama


"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaat kepada manusia kain" hadith

3 comments:

Mawar Berduri said...

hurmm...penuh dgn smgt dan cita2..tu lah baru betul YDP MPPUSM 08/09..sentiasa penuh smgt dan juga turut menyuntik smgt kami, anak2 buah yang kt bawah ni untuk terus tekun bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat kampus..

cikw@n said...

salam buat YDP..rasanya belum terlambat nak ucap tahniah buat sahabat seperjuangan.anda model paling ideal sebagai pemimpin generasi masa depan..jujur, anda punya karisma untuk berada di atas.cuma pesan, yang atas selalulah turun jengah ke bawah ok..anda adalah suara keyakinan kami.dan anda sedang menggapai keyakinan daripada kami..selagi terdaya, kami pasti akan terus bersama anda menggarap kegemilangan di USM..salam aspirasi.

tamsisanc said...

jangan lupa pada janji..ingat pada diri..gud luck!!