CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 10, 2010

Manifesto saya dahulu..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, alhamdulillah saya sedang hampir kepada tamatnya tanggungjawab sebagai seorang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPPUSM)..Teringat kepada manifesto ataupun janji-janji yang diucapkan oleh saya ketika rapat umum dahulu. Saya berjanji agar membuat aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah dan dibawah adalah antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Aktiviti-aktiviti dibawah adalah berkaitan dengan manifesto saya sendiri tidak termasuk dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh MPP contohnya aktiviti yang berbentuk kebajikan, keselamatan,desasiswa,advokasi dan sebagainya..Inilah antara usaha saya dalam memenuhi janji ketika rapat umum dahulu..Saya sedar bahawa terdapat banyak kelemahan namun saya telah cuba berusaha yang sehabis baik untuk mengotakan janji saya dahulu. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang membantu dalam merealisasikan manifesto yang dijanjikan, terima kasih kepada Elfa(pengarah cnvx), See(NYDP MPP), Izyan(NYDP MPP), Hafizul Amin(EXCO MPP), Romiko(EXCO MPP),Solihin(SU AGUNG MPP),Ahli-ahli MPP dan ramai lagi. Tanpa kalian mana mungkin manifesto ini tercapai.


1.1 Program :Break the rule- student led solution, Komplek DK

Objektif :Membincangkan autonomi Mahasiswa.

Sasaran :Terbuka kepada semua pelajar

Penceramah :Prof Lee likmeng

Tarikh :28 Februari 2009


.

1.2 Program :Sesi Dialog Bersama Timbalan Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah

Objektif :Membawa pimpinan mahasiswa bertemu dan berdialog bersama

Sasaran :Semua pimpinan mahasiswa USM.

pemimpin negara.

Penceramah :YB Dato’ Saifuddin Abdullah

Tarikh :16 Februari 2009



1.3 Program :Break the rule- student led solution(2), Pulau Jerejak

Objektif :Membengkelkan Autonomi Mahasiswa

Sasaran :Terbuka kepada semua pelajar.

Penceramah :Prof Lee likmeng, Dr Zainal, Naib canselor

Tarikh :2 Mei 2009


1.4 Program :Motivasi perperiksaan(Mandarin)

Objektif :Memberi motivasi kepada pelajar untuk berjaya.

Sasaran :Semua pelajar USM

Penceramah :Penceramah jemputan

Tarikh :17 March 2009


1.5 Program :Motivasi peperiksaan 2(Mandarin)

Objektif :Memberi motivasi kepada pelajar untuk berjaya

Sasaran :Semua Pelajar USM

Penceramah :Penceramah jemputan

Tarikh :28 Julai 2009


1.5 Program :Persidangan Meja Bulat Pemimpin Pelajar USM dan IPT

(Zon utara)

Objektif :Membincangkan halatuju 1Malaysia dan kepimpinan mahasiswa.

Sasaran :Mahasiswa USM dan Pimpinan pelajar IPT utara

Penceramah :Timbalan Naib Canselor dan pegawai penyelidik kelestarian

Tarikh :16 September 2009


1.6 Program :Persidangan Meja Bulat Pemimpin Pelajar USM dan IPT (Semalaysia)

Objektif :Memimpin dan membincangkan resolusi perpaduan kaum di Malaysia

Sasaran :Pemimpin mahasiswa USM dan Pimpinan Seluruh IPT negara

Penceramah :Ustaz Dr Reduan Tee Abdullah, Mahfuzah, Pegawai Penyelidik kelestarian.

Tarikh :9 Oktober 2009.


1.7 Program :Pecutan terakhir mahasiswa USM

Objektif :Berkongsi Tip-tip pelajar cemerlang dan bekas pelajar cemerlang.

Sasaran :Mahasiswa USM

Penceramah :Dr Jafree Mantan Presiden Alumni USM,dan Pelajar Cemerlang

Tarikh :21 Oktober 2009


1.8 Program :ESQ Leadership Program di Port Dickson

Objektif :Memantapkan kerohanian pelajar USM

Sasaran :Mahasiswa USM

Penceramah :Penceramah ESQ

Tarikh :20-21 November 2009


1.9 Program :Jangan Biarkan dirimu terus terlena “Azam Mahasiswa APEX”

Objektif :Mengumpul dan membantu mahasiswa yang mempunyai masalah akademik.

Sasaran :Mahasiswa USM

Penceramah :Prof Omar Bin Osman, Timbalan Naib Canselor

Tarikh :6 Januari 2010


1.10 Program :Siapa yang tidak bertoleransi?

Objektif :Membincangkan secara ilmiah kontrak sosial

Sasaran :Seluruh Mahasiswa USM

Penceramah :Wakil mahasiswa dan Penganalisis Politik USM.

Tarikh :11 Ogos 2009


1.11 Program :Dialog Bersama PPKT

Objektif :Membawa semua mahasiswa untuk mengetahui masalah Wireless di USM

Sasaran :Semua mahasiswa dan Majlis Penghuni Desasiswa

Penceramah :Encik Zulham, Pengarah PPKT.


1.12 Program :Dialog bersama Timbalan Menteri dan Penyerahan memorandum.

Objektif : Membawa pimpinan mahasiswa berdialog dengan pemimpin negara.

Sasaran :Pimpinan mahasiswa

Penceramah :YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Tarikh :7 Januari 2010

Saturday, November 21, 2009

Antara imej dan perilaku...

Assalamualaikun dan selamat sejahtera.. persoalan yang sering tertimbul dalam benak fikiran. Antara imej islamik dan perilaku islamik..kadang-kadang kita mudah keliru dan tersalah membuat penilaian.. kita akan lebih menilai dan mengangkat darjat seseorang dengan melihat imej atau perwatakan islamiknya.Berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai imej atau perwatakan islamik tetapi mempunyai perilaku islamik yang diajar dalam agama.

Persoalannya, adakah imej islamik(luaran) menggambarkan perilaku islamik? kita selalu melihat seseorang yang mempunyai imej islamik itu lebih mulia berbanding dengan orang lain, sedangkan ada diantara mereka yang tidak mempunyai perilaku islamik? Untuk kita mudah memahami, antara contoh perilaku islamik ini adalah seperti, menjaga aib sesama insan, tidak menaburkan fitnah(tidak bercakap berdasarkan bukti yang kukuh dan sahih), menjaga hubungan sesama islam, tidak berprasangka buruk semata-mata dan sebagainya..Kenapa kita sering menjadikan imej islamik ini sebagai kayu ukur kepada seseorang itu..sedangkan perilaku islamik itu yang perlu kita jadikan ukuran..apalah gunanya, berperwatakan seorang alim ulama', tetapi bicaranya seperti seorang perosak. Apalah gunanya berperwatakan seorang ustaz dan ustazah tetapi hakikatnya mereka adalah seorang yang membuat fitnah..

Apalah ertinya kita berjuang untk membawa imej islamik di dalam kampus atau di luar kampus sedangkan kita tidak menjaga perilaku islamik? Fitnah memfitnah orang lain untuk memastikan kepentingan politik yang kononnya atas dasar imej islamik yang mahu dibawa. Kita perlu berfikir dgn lebih jelas, bahawa matlamat tidak menghalalkan cara..Tidak menyalah gunakan imej islamik yang ada untuk mengaburi perilaku islamik yang masih tidak nyata.

Kesimpulannya, perilaku islamik adalah satu ukuran yang perlu untuk kita jadikan teladan. Penilaian yang rasional dan matang terhadap seseorang adalah dibuat berdasarkan kepada perilaku seseorang, bukan berdasarkan kepada imej seseorang."dont judge a book by its cover"

Thursday, October 1, 2009

Bila pilihan raya menjelma.....

Salam sejahtera, pilihan raya kampus akan kembali menghangatkan lagi suasanan kampus ini. Dan seperti biasa suasana politik kampus akan bermula. Agenda mencari kesalahan ahli-ahli MPP akan tiba. Timbullah pelbagai isu berkenaan MPP,Aspirasi,Pro-M dan sebagainya. Isu-isu seperti ini akan berlaku bukan sahaja di USM,malahan di kebanyakan universiti tempatan. Ini adalah realiti biasa keadaan politik kampus. Tetapi jarang sekali kita mencari titik-titik kebaikan yang telah dilakukan oleh MPP, segala keringat yang telah diusahakan oleh MPP, segala bebanan yang ditanggung oleh MPP, segala pengorbanan yang dilakukan oleh MPP,
(sehinggakan ada MPP yang di warning akan di 'BAR' dari exam akibat tidak datang kelas akibat terpaksa menghadiri meeting-meeting yang memerlukan suara pelajar).

Alasan biasa yang akan didengari oleh MPP jika perkara-perkara di atas tidak diketahui oleh pelajar, "kenapa MPP tak sebarkan?". Ini adalah jawapan standard yang akan kita dengari. Kadang-kadang saya terfikir, kalau cerita-cerita tentang kelemahan, keburukan MPP, cepat pulak tersebar. Tak perlu tunggu MPP beri tahu kat pelajar, tahu-tahu dah tersebar. Inilah situasi yang berlaku di USM, saya yakin dan percaya bahawa situasi ini juga berlaku di kebanyakkan universiti dalam negara kita ini.

Kita selalunya mencari kelemahan orang lain, kita selalu mencari jalan untuk menjatuhkan orang lain. Ini lah masalah kita sebagai pelapis kepimpinan negara nanti. Kita sangat suka dan bersemangat untuk mencari kelemahan orang lain. Tapi kita tidak bersemangat dan lesu untuk mencari jalan yang terbaik untuk membantu orang lain maju dan seterusnya berjaya. Pelbagai jalan, pelbagai kritikan boleh dibuat dan pelbagai usaha boleh dilakukan untuk menjatuhkan orang lain. Tetapi sayang, pelbagai jalan buntu dijumpai dan banyak alasan yang tidak membina diberikan ketika untuk membantu orang lain berjaya.

MPP tidak akan selalunya menyebarkan apa yang dilakukan untuk pelajar, kerana mereka yakin bahawa apa yang dilakukan bukan dibalas dengan populariti. Tetapi dibalas dengan kesenangan pelajar yang kadang-kadang mereka sendiri tidak sedar dengan kesenangan yang dikecapi. Saya rasa tidak perlu untuk MPP hebahkan secara besar-besaran untuk memastikan semua pelajar USM yang berjumlah puluhan ribu tahu tentang apa yang MPP sudah lakukan. Tugas MPP bukan untuk mendapat populariti, tetapi tugasnya untuk berbakti. Baik daripada luaran yang dirasai oleh pelajar ataupun dalaman yang tidak dirasai secara terus dengan pelajar.

Menjelang pilihan raya kampus juga, kita akan dapat membaca tulisan-tulisan 'figure' yang nampak lantang bersuara mengkritik MPP, mengkritik ideologi, dan sebagainya. Ingatlah sahabat-sahabat ku sekalian. bahu yang memikul lebih berat daripada mata yang memandang.

Saya perlu akur bahawa kita berada di dalam dunia yang mencabar. Ini adalah harga yang perlu dibayar oleh ahli-ahli MPP yang bertanding dahulu. Niat yang baik akan datang dengan dugaan yang terbaik. Tidak dikatakan sesorang itu beriman jika tidak diuji keimanannya.

Saya selalu berpegang kepada kata-kata Saidina Umar Al khatab, jika kamu cuba memuaskan hati semua orang nescaya kamu sedang memusnahkan diri kamu sendiri.

Wallahualam.

Monday, July 20, 2009

Perselisihan atau ikhtilaf sesama kita..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian. Pada penulisan kali ini saya ingin membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan ikhtilaf (perselisihan) yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Dalam tulisan Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya ‘kewajiban menguasai enam jenis fiqh bagi pendakwah islam di alaf baru’. Ikhtilaf(perselisihan) merupakan salah satu fiqh daripada enam fiqh yang terkandung dalam bukunya itu, antara fiqh-fiqh yang terkenal adalah, fiqh Al-Muwazanat, Al-Awlawiyat, Al-Nusus, Al-Waqi’ dan Al-Taghyir. Dalam penulisan hari ini, saya akan membincangkan tentang fiqh Al-Ikhtilaf. Fiqh-fiqh yang lain akan dibincangkan kemudian.

Ikhtilaf tidak pernah memudaratkan hubungan sesama manusia, tetapi malangnya kita di zaman yang jahil ini terlalu jahil dalam mengenal dan memahami fiqh ini. Oleh itu, tidak pelik jika kita pada hari ini sanggup bermusuhan sesama Islam oleh kerana perkara-perkara yang remeh tanpa sebarang penilaian yang benar. Pada zaman ini terdapat banyak kebangkitan jemaah-jemaah,pertubuhan-pertubuhan dan madrasah untuk menegakkan islam dimuka bumi Allah Yang Esa ini, kebangkitan ini. Setiap daripadanya akan membawa kepada manhajnya tersendiri dalam menjalankan kerja-kerja Islam. Tidak menjadi kesalahan untuk mewujudkan pelbagai jemaah dan pertubuhan yang bekerja untuk Islam. Asalkan kepelbagaian yang wujud itu boleh melahirkan kerjasama dan menyebabkan setiap jemaah saling melengkapi antara satu sama lain.

Apa yang menyedihkan hati apabila ada pendakwah islam yang tidak memahami dan menilai ihktilaf, sebaliknya lebih berperanan menimbulkan bibit-bibit perpecahan dan mencari ruang untuk perpecahan. Kebanyakannya hanya bertumpu kepada titik pepercahan bukannya titik pertemuan dan penyatuan. Perkara ini semakin kronik apabila ada jemaah-jemaah yang menganggap hanya jemaahnya sahaja yang benar, manakala jemaah lain adalah salah.

Perlu diingatkan bahawa setiap individu mempunyai ilmu tersendiri dan didalam manhaj setiap jemaah itu, ada kekuatan dan kelemahannya. Oleh kerana itu, kita tidak boleh sesekali untuk menghina jemaah lain apatah lagi mengangkat jemaah sendiri. Sebenarnya golongan yang cuba untuk mengumpulkan orang ramai untuk berpegang kepada satu pendapat sahaja dalam hukum-hukum ibadat, muamalah dan lain-lain cabang agama adalah mereka yang cuba untuk merealisasikan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku.

Percubaan mereka untuk mengahapuskan perselisihan tidak akan membuahkan apa-apa hasil, sebaliknya akan meluaskan lagi perselisihan. Sehubungan dengan itu perselisihan dalam memahami hukum-hukum syarak yang tidak asasi adalah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan.

Semoga penulisan ini dapat difikirkan bersama-sama dan kita boleh berkongsi pendapat bersama-sama. InsyaAllah.

Monday, July 13, 2009

Siapa mahasiswa bagi gagasan najib?

1Malaysia adalah satu gagasan yang dibentuk untuk meneruskan kesinambungan perpaduan nasional yang dipupuk sejak dari kepimpinan perdana menteri pertama lagi. 1Malaysia bukan satu benda yang baru untuk dijadikan pedoman kepada rakyat jelata. Tetapi 1Malaysia adalah penunjuk kepada aspirasi negara dalam mencapai matlamat terakhirnya iaitu perpaduan nasional.Pelbagai pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menterjemahkan gagasan 1Malaysia demi memastikan pemahaman yang menyeluruh dapat dicapai. Sejajar dengan itu, pelbagai perbincangan dan perdebatan yang telah berlaku dikalangan masyarakat negara kita demi mencapai pemahaman yang holistik.


Dalam usaha untuk mencapai matlamat akhir gagasan 1Malaysia ini, mahasiswa perlu untuk memainkan peranan dalam memastikan perpaduan nasional yang kita kecapi pada hari ini semakin utuh. Mahasiswa adalah golongan intelektual yang akan menjadi tonggak kepada perpaduan negara kita pada masa akan datang. Golongan intelek ini yang akan memacu dan membawa masyarakat kepada keharmonian hidup pada masa akan datang. Namun begitu, mahasiswa pada hari ini tidak ramai yang sedar akan peranan yang perlu untuk dimainkan oleh mereka dalam memastikan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara kita tercapai. Sebenarnya mahasiswa boleh memainkan peranan dalam memastikan perpaduan nasional tercapai. Antaranya, memahami perbezaan antara kaum, bertolak ansur atas kelebihan yang ada, mengelakkan kontrovesi antara kaum dan sebagainya.


Namum begitu, beberapa cabaran yng perlu ditempuh oleh mahasiswa. Antaranya mahasiswa pada hari ini didedahkan dengan pelbagai berita dan kabar-kabar angin yang boleh mengancam perpaduan nasional. Jika mahasiswa tidak mempunyai pengetahuan yang tepat, sudah semestinya mahasiswa akan terpengaruh dengan kabar angin tersebut. Kesannya, mahasiswa akan diperkudakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Jika mahasiswa begitu mudah diperkudakan maka, hasrat untuk mengutuhkan perpaduan nasional di negara kita akan terkubur.


Mahasiswa pada perlu untuk memahami peranan dan cabaran yang akan mereka hadapi. Maka 1Malaysia adalah satu petunjuk kepada mahasiswa untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk merealisasikan impian perpaduan nasional yang utuh.

Tuesday, June 23, 2009

Selamat Datang Pelajar APEX


















































Wednesday, June 10, 2009

Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Alhadulilllah tamat sudah Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato, Hj. Muhyiddin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri negara kita. Mesyuarat ini dianggotai oleh perwakilan pelajar daripada IPTA dan IPTS , kementerian-kementerian, dan beberapa jabatan perkhidmatan awam.


Beberapa cadangan yang telah pun dibentangkan oleh perwakilan pelajar antaranya, Pemerkasaan Mutu dan Kualiti Pendidikan Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah,Transformasi Ekonomi Malaysia ke Arah Persaingan Kompetitif, Cadangan Penubuhan Pusat Kajian Non-Traditional Security Issues, Isu Pengangkutan Awam Melibatkan Golongan Pelajar dan Mahasiswa Di Malaysia dan Isu Pembangunan Wanita. Pada pandangan saya isu yang dibentangkan oleh perwakilan amat menarik untuk direalisasikan. Saya amat berharap agar isu-isu ini dapat direalisasikan dan bukan hanya di dalam mesyuarat sahaja.


Sebenarnya, ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh perwakilan dalam mesyuarat tersebut, antaranya isu PTPTN, isu kelestarian alam sekitar negara, masalah sosial belia, isu 10 subjek dalam SPM, masalah infrakstuktur di sabah dan Sarawak dan isu penghantaran pelajar keluar negara. Pada hemat saya, mahasiswa pada hari ini sudah semakin peka terhadap isu masyarakat sekeliling dan bukan hanya membincangkan isu di kampus semata-mata. InsyaAllah, sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saya melalui blog ini. Sekian


Yang Dipertua MPPUSM dan Majlis Tertinggi

Jemaah Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia