CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 1, 2009

Bila pilihan raya menjelma.....

Salam sejahtera, pilihan raya kampus akan kembali menghangatkan lagi suasanan kampus ini. Dan seperti biasa suasana politik kampus akan bermula. Agenda mencari kesalahan ahli-ahli MPP akan tiba. Timbullah pelbagai isu berkenaan MPP,Aspirasi,Pro-M dan sebagainya. Isu-isu seperti ini akan berlaku bukan sahaja di USM,malahan di kebanyakan universiti tempatan. Ini adalah realiti biasa keadaan politik kampus. Tetapi jarang sekali kita mencari titik-titik kebaikan yang telah dilakukan oleh MPP, segala keringat yang telah diusahakan oleh MPP, segala bebanan yang ditanggung oleh MPP, segala pengorbanan yang dilakukan oleh MPP,
(sehinggakan ada MPP yang di warning akan di 'BAR' dari exam akibat tidak datang kelas akibat terpaksa menghadiri meeting-meeting yang memerlukan suara pelajar).

Alasan biasa yang akan didengari oleh MPP jika perkara-perkara di atas tidak diketahui oleh pelajar, "kenapa MPP tak sebarkan?". Ini adalah jawapan standard yang akan kita dengari. Kadang-kadang saya terfikir, kalau cerita-cerita tentang kelemahan, keburukan MPP, cepat pulak tersebar. Tak perlu tunggu MPP beri tahu kat pelajar, tahu-tahu dah tersebar. Inilah situasi yang berlaku di USM, saya yakin dan percaya bahawa situasi ini juga berlaku di kebanyakkan universiti dalam negara kita ini.

Kita selalunya mencari kelemahan orang lain, kita selalu mencari jalan untuk menjatuhkan orang lain. Ini lah masalah kita sebagai pelapis kepimpinan negara nanti. Kita sangat suka dan bersemangat untuk mencari kelemahan orang lain. Tapi kita tidak bersemangat dan lesu untuk mencari jalan yang terbaik untuk membantu orang lain maju dan seterusnya berjaya. Pelbagai jalan, pelbagai kritikan boleh dibuat dan pelbagai usaha boleh dilakukan untuk menjatuhkan orang lain. Tetapi sayang, pelbagai jalan buntu dijumpai dan banyak alasan yang tidak membina diberikan ketika untuk membantu orang lain berjaya.

MPP tidak akan selalunya menyebarkan apa yang dilakukan untuk pelajar, kerana mereka yakin bahawa apa yang dilakukan bukan dibalas dengan populariti. Tetapi dibalas dengan kesenangan pelajar yang kadang-kadang mereka sendiri tidak sedar dengan kesenangan yang dikecapi. Saya rasa tidak perlu untuk MPP hebahkan secara besar-besaran untuk memastikan semua pelajar USM yang berjumlah puluhan ribu tahu tentang apa yang MPP sudah lakukan. Tugas MPP bukan untuk mendapat populariti, tetapi tugasnya untuk berbakti. Baik daripada luaran yang dirasai oleh pelajar ataupun dalaman yang tidak dirasai secara terus dengan pelajar.

Menjelang pilihan raya kampus juga, kita akan dapat membaca tulisan-tulisan 'figure' yang nampak lantang bersuara mengkritik MPP, mengkritik ideologi, dan sebagainya. Ingatlah sahabat-sahabat ku sekalian. bahu yang memikul lebih berat daripada mata yang memandang.

Saya perlu akur bahawa kita berada di dalam dunia yang mencabar. Ini adalah harga yang perlu dibayar oleh ahli-ahli MPP yang bertanding dahulu. Niat yang baik akan datang dengan dugaan yang terbaik. Tidak dikatakan sesorang itu beriman jika tidak diuji keimanannya.

Saya selalu berpegang kepada kata-kata Saidina Umar Al khatab, jika kamu cuba memuaskan hati semua orang nescaya kamu sedang memusnahkan diri kamu sendiri.

Wallahualam.

20 comments:

Ahmed Fauzan said...

Salam Aspirasi...

Setelah sekian lama, akhirnya blog YDPMPP USM telah di update... :-)

terus terang saya katakan, saya kagum dgn kepimpinan Mpp sejak saya tahun pertama di USM...Saya kira mpp telah menjalankan tanggungjawab yg diberi...cuma mungkin tidak semua mampu berpuas hati..,sudah menjadi adat dan kebiasaan...tiada yang sempurna di dunia ini...

kai said...

wahhhh..shafiq, cemerlang gtuu...
PRK da mcm seasonal war.
Bila da dekat PRK, mula lah perang blog sama ada di pihak ProM mahupun ASpirasi. Aspirasi's corner, baru dilancarkan beberapa minggu silam dan blog rasmi ProM da mula aktif mengkritik. Apa saja isu yang dimainkan, semua akan lenyap selepas pembentukkan kabinet.

Tahun lepas isu Palestin dimainkan oleh kedua-dua pihak, namun Aspirasi lebih bijak dan matang mengatur strategi. Calon berketrampilan dan jentera berani mati (berani mati ke? nak bg drama ckit..hakhakhak). Aspirasi lebih matang menggunakan segala apa yang ada di sekeliling, sehinggakan mampu menenggelamkan isu pemansuhan AUKU dan perhimpunan proM di hadapan bangunan HEPP, menjadikan rentak ProM sedikit sumbang dan terikut2 dengan strategi kempen jentera Aspirasi.

Rapat Umum, mendedahkan siapa sebenarnya calon2 yang bertanding. Mengatakan orang lain buta tetapi tidak nampak perhentian bas di Palapes tidak termasuk di dalam yuran pengajian. Mengatakan orang lain lembu dicucuk hidung tetapi rupanya lembu itu adalah dirinya sendiri. Purdah dibuang, songkok dicampak. Malah ada calon yang demam (ngkau la tu Shafiq, hakhakhak) kebah terus demamnya menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan. Ramai juga yang tidak mengeluarkan isu, hanya bercakap mengikut teks yang diberi pihak jentera, memperkenalkan diri berulang2 kali, strategi agar orang mengingati nama yang diberi (ayat lazim rapat Umum: "Nama diberi *sekian sekian* bertanding untuk konstituensi Umum).

Aku malas nak tulis lebih2, kang jadi isu lak kan..hahaha... tp harapnya dan sentiasa berharap, besederhanalah sentiasa, jgn terlalu obses dengan ideologi dan tolong jgn paranoid.

(jentera PRK 2008/2009)

elfa said...

emm... terharu aku baca blog ko. sob3.. teringat kat KFT 331 aku. ha, aku lupa nak bagitau ko.. persatuan farmasi usm bagi surat penghargaan kat MPP sebab MPP perjuangkan biasiswa JPA masuk awal sem ni.. aku pun nak ucap jutaan terima kasih kat kepimpinan ko yg slalu memimpin kitorg walaupun kitorg slalu buat perangai(ko pn sama eh).. hahaha.. jia you jia you YDP...!

Syaffiq Syazwan said...
This comment has been removed by the author.
Syaffiq Syazwan said...

Assalamualaikum w.b.t..=)

Hehe, akhirnye update jgk ye blog abg.
Yg saya ni tau cilok buah idea org sahaje untuk diperkatakan.
Walaupun baru 3 bulan ddk usm, byk betul perkara yg kurang enak dpt dengar walaupun saya cube mengelak.

Tapi ape pun, abg tetap org yg saya hormat, walaupun pelbagai isu diperkatakan, tapi secara rasional sendiri saya dapat menilai ape yg brlaku dan ape yg tidak.

Insya Allah, x sabar nak tgk prk...
Nak tgk sendiri mcm mane susana pilihan raya kampus...

Klu ade isu, saya pun nak masuk jgk! hehe...

Jage diri baik2 dan kesihatan.=)

RaJa UmIr YaShA said...

Assalamualaikum.. tertarik dengan artikel nta.. cuma ana tertanya2 sejak dahulu lagi akan perjuangan aspirasi yang sebenar..adakah hanya perjuangkan kebajikan mahasiswa atau agama Islam itu sendiri kerana apabila kita memperjuangkan Islam tentulah perjuangan kita itu adalah untuk kebenaran n kebaikan..Perjuangan Islam itu adalah perjuangan yang menegakkan kalimah Tauhid serta berjuang dalam amar makruf nahi mungkar..memang lumrah kehidupan akan ada betul n salah,syurga n neraka,pahala n dosa n lain2..apa yang perlu dilihat dan difikirkan adalah DASAR PERJUANGAN DAN MATLAMAT, bukan mencedok air yang berada di permukaan sahaja .. 'Katakanlah Muhammad," Wahai Ahli Kitab!Kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat,Injil, dan (Al-Quran)yang diturunkan Tuhanmu kepadamu." Dan apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu pasti akan membuat banyak antara mereka lebih durhaka dan lebih ingkar,maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang2 kafir itu'.. al-Maidah:68.. kita mengatakan kita Islam tetapi sejauh manakah usaha kita dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini..ana sukar melihat perjuangan ini pada aspirasi.. kebanyakan dari kita lebih suka menyeru kepada kebaikan tetapi takut untuk mencegah kemungkaran,sedangkan di dalam al-Quran surah ali-Imran:110,"kamu(umat Islam)adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah...." pernahkah antum dalam aspirasi serius membincangkan soal ummah..jangan kata 'kita mahasiswa cakap tentang universiti lah',kerana Islam itu tidak pernah terpisah dengan kehidupan.. apa yang ingin saya tekankan disini adalah mengapa kita lahir ke muka bumi ini dan jalan apa yang kita pilih untuk mencari keredhaanNya.. "Wahai org2 yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah(berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung." al-Maidah:35 "Dan barang siapa menjadikan Allah,rasulNya, dan org2 yang beriman sebagai penolongnya,maka sungguh,pengikut (agama) Allah itulah yang menang." al-Maidah:56.. Pertembungan antara yang Haq n Batil tetap akn berlaku sampai bila2.. Maaf andaikata terdapat salah n silap dalam komen ana..Ana menyeru kapada semua supaya bangun dari lena yang panjang dengan menganggap negara kita aman dan makmur kerana Umat Islam kini semakin kucar kacir dengan masalah aqidah dan akhlak..Ayuh bersama2 kita perjuangkan agama Allah..Allahuakbar!!!

ShafiqAziz said...

salam. terima kasih atas komen yang diberikan. Perjuangan aspirasi pada asasnya adalah satu semangat cintakan universiti. dan semangat cintakan universiti ada dalam diri masing-masing. persoalannya adalah bagaimana mahasiswa menunjukkan semangat itu.bagi aspirasi mereka sering menggunakan pendekatan rasional,diplomasi,dan realistik. itu adalah dasar perjuangan dalam segala benda.Perjuangan aspirasi adalah perjuangan yang berbentuk holistik atau menyeluruh. ini adalah pandangan saya sebagai seorang yang memahami sedikit sebanyak tentang aspirasi..Persoalan pernahkah aspirasi serius membincangkan soal ummah? saya berani mengatakan ya, mereka memang selalu membincangkan berkenaan ummah, malah setiap program universiti,ada sahaja pihak aspirasi yang akan memperdebatkan isu ummah. apa kepentingannya kepada ummah, kepada masyarakat majmuk dalam kampus. Dimanakah buktinya saudari menyatakan pihak aspirasi tidak ada yang memikirkan tentang islam? saudari, ada dikalangan mereka yang kritikal memikirkan tentang islam dan kemaslahatan bersama. Saya bercakap atas kapasiti saya sebagai individu yang berada dalam kelompok tersebut. Saya tidak mahu memburuk-burukkan pihak Pro-M atas sebab saya mendengar kabar-kabar berita daripada orang lain kerana saya berpengang kepada firman Allah" Wahai orang-orang yang beriman!, Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya)sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. surah alhujuraat ayat 6

farahfarhan said...

Salam

kepada shafiq..semangat cintakan universiti???urm..bagus3..sayangkan universiti..menjaga nama baik universiti sehingga pihak universiti sanggup menutup malu ttg sesuatu kejadian yg tdk diingini dengan rasuah????inikah yg diajar Islam..bukan itu caranya untuk sayangkan universiti..sayangkan universiti apabila sayangkan mahasiswa mahasiswinya..bagaimana??melalui elok budi pekertinya..mantap pemikirannya..bukannya hebat menari di pentas...bergaya dengan pasangan kekasih masing2..megah bertepuk tampar laki dan perempuan..inikah warga universiti yang disayangi??? universiti sains malaysia hanya akn diangkat dengan Islam..

1 aqidah
Islam didahulukan, Al-Quran dan Sunnah diutamakan..

RaJa UmIr YaShA said...

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam..
Bukan niat di hati untuk menuduh melulu mengikut rasa tanpa usul periksa..Tetapi diri ini juga bukanlah buta,pekak atau bisu(Alhamdulillah) sehingga tidak mampu untuk menilai..
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,semua itu akan diminta partanggungjawabannya.”al-Isra’:36
Manusia itu kebiasaannya selalu leka n alpa apabila diri berada dalam kesenangan n keasyikan maka Allah timpakan ujian supaya manusia itu kembali kepada Tuhannya y Esa..Sejarah juga telah banyak mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar..apabila ana menyatakan bahawa selalunya setiap sesuatu itu ada pasangannya serta mempunyai pelbagai pilihan maka Allah telah memberikan hak kepada kita untuk memilih,samada pilihan kita itu membawa jalan menuju ke syugaNya atau pergi ke lembah kehinaan..
setiap teguran itu bukanlah bermakna benci atau dendam tetapi kerana kasih dan sayang,cinta yang hakiki bukanlah membiarkan seseorang itu berterusan dengn kesilapannya tetapi membawa dan mengubah sesorang itu supaya kembali kepada Allah..Adakah orng yang cintakan Islam dan perjuangannya adalah untuk Islam bermakna mereka itu tidak cintakan universiti,bangsa dan negara??? Ana memberi analogi,Adakah seorang bapa yang baik itu akan menegur kesilapan anaknya atau membiarkan sahaja anknya melakukan kesalahan..Apa yang ana inginkan hanyalah supaya kita semua berfikir dan menghayati akan hakikat kehidupan serta melihat kepada sirah perjuangan pejuang Islam terdahulu..
Kita juga harus sedar setiap sesuatu itu hanya mulia dengan Islam,Saidina Umar pernah berkata,” Kita ini adalah sejenis bangsa yang yang telah Allah muliakan kita dengan agama Islam.Sesungguhnya apapun kemuliaan yang kita tuntut,tanpa nilai yg telah allah kurniakan itu,pasti pula Allah menghinakan kita.”(Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat-Dr.’Ali Shurbuji)..mka untuk mencapai kemuliaan bukanlah dgn memperjuangkan bangsa n semangat cintakan universiti semata melebihi perjuangan Islam sehingga membiarkan sahaja kemungkaran di depan mata tanpa ada usaha untuk mentarbiyyah ummah tetapi lebih sibuk dengan urusan menaikkan nama Universiti @ lain2 (maaf jika teremo tp ini hakikat skrg di mna2 shj)..Mungkin antum merasa gah dgn perjuangan holistic,karismatik,realistic antum ttp cbe fikirkan semula adakah holistic jika hanya mengambil separuh2 shj (contoh,x menerapkan Islam dlm aktvt secara syumul)..Maaflah ana bukan hendak berbalah tetapi ana cuma ingin menerangkan tentg KEBENARAN..
Ayuh bersama cuba renungkan ayat di bawah..
“Dan sungguh,akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat2 Allah )dan mrk memiliki mata (tetapi)tidak dipergunakannya untuk melihat(tanda2 kekuasaan Allah),dan mreka mmempunyai telinga(ttp) tidak dipergunakanny untuk mendengar ayat2 Allah.Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yang lengah.”al-A’raf:179

ShafiqAziz said...

bagi saya mudah sahaja. saya doakan saudari dapat menjadi sebahagian daripada Majlis Perwakilan Pelajar tahun hadapan agar saudari dapat merasakan keadaan sebenarnya. Memang benar Allah memberikan kita penglihatan, pendengaran, dan percakapan. tapi ingatlah bahu yang memikul lebih berat daripada mata memandang. Wallahualam.

RaJa UmIr YaShA said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam alaik..

Maaf andai saudara tertekan dgn komen2 ana..Cuma satu yng ingin ana katakan..tidak kira dimna2 shj kta berada memg tnggunjwb itu adlh sesua2 yg sgt bert..terutama dlm mengakkan ajarn Allah..tetapi itu semua adlh kemanisan bg org yg berjuang ikhlas keranaNya..Ana tahu niat ikhlas nta ntuk membawa Islam dlm MPP..tetapi kt ini adlah insan yg lemah n memerlukan jemaah dlm memperjuangkan Islam..keteguhan sesebuah binaan itu diukur sejauh mana erat n kukuhnya tautan n kebersamaan antara batu bata itu,sprti kt juga..

"Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg berperang di jlnNya dlam barisan yg teratur,mreka seakan-akn sprt suatu bangunan yg tersusun kukuh."
As-Saff:4

tentangan bukan bemakna benci ttp kt menentang krn Allah..masih bnyk perkara yg perlu diperhatikan n dikaji wlaupn ana ini bukanlah insan yg sempurna..
kami melihat nta sprti diprgunakan walaupn ana thu nta akn mngtakan tidak,percayalah kami akn tetap menyokong nta selagi nta ini adalah insan yg benar2 ikhlas berjuang ntuk Islam..Teguran ini buknlah ntuk menjatuhkan nta ttp sekadr peringatan sesama muslim,jdlah pemimpin yg bersuara ntuk rakyat..Bahkan, teguran inilah yang akan dipersoalkan di Mahkamah Allah s.w.t suatu hari nanti. Janji itu adalah pasti.

"Kemudian, sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantahan di hadapan Tuhanmu.Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat kebohongan terhadap Allah dan mendustakan kebenaran yang datang kepadanya?" (Az-Zumar : 31-32)

Nah, segala-galanya dipertanggungjawabkan."Aku mengungkit perihal kamu, dan kamu pula mengungkit perihal aku."

Semoga setiap sudut kehidupan kita pada hari ini dan masa akan datang mendapat redha Allah s.w.t semata-mata dan bukanlah kita melebihkan redha manusia. InsyaAllah, you will find the way. May Allah s.w.t guide our step.Allah s.w.t the only ONE that can show the right way.

Kami mndoakan kejayaan nta dunia n akhirat..InsyaAllah..=)

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu plg tinggi(derjatnya),jika kamu org beriman."Ali-'Imran:139

ShafiqAziz said...

Salam,terima kasih.Mengalah bukan bererti kita kalah. Tapi ingat lah satu perkara, segala yang dilakukan ada hikmahnya.Tiada istilah dipergunakan atau menggunakan. Saudari boleh membuat pelbagai andaian. Bergerak secara jemaah? Apakah jaminan saudari yang saya ni tidak bergerak secara jemaah,dalam hal-hal islam. Ada perkara yang saudari tidak tahu, yang orang lain tahu.kita tidak boleh mengangap kita sahaja yang betul,manakala orang lain salah.sebab kita ni hanya manusia biasa yang banyak kelemahannya. Adakah saudari boleh memberi jaminan yang apa saudari usahakan betul, manakala orang lain salah.Saudari,Allah menilai usaha yang kita lakukan,jgnlah kita hanya melihat kepada hasil sahaja. Jangan dikatakan bahawa pihak aspirasi tidak melakukan apa2 dalam menegakkan islam. Jika ada segelintirnya yang berusaha bersungguh sungguh dalam menegakkan islam, tak ke dah berdosa. Sy hormat pandangan saudari. tapi pada masa yang sama saudari kene hormat pandangan orang lain. Pernahkah saya mempertikaikan apa yang pihak bukan aspirasi buat? Adakah saudari tahu, saya dan rakan2 telah begitu lantang menyuarakan supaya variasiswa tidak dilakukan kepada pelajar tahun pertama? sehinggakan pihak universiti akur dengan kehendak tersebut? cuma saya tidak mahu menghebah-hebahkan usaha ni. cuma bila perkara ini dibangkitkan,sy terpaksa bagitau utk mengelakkan fitnah yang berpanjangan.dan saya yakin dan percaya, walaumcm manapun usaha yang dilakukan, tetap ada orang yang akan mengatakan yang buruk terhadap apa yang dilakukan. sbb itu saya selalu katakan, kita bekerja bukan utk populariti, tetapi utk berbakti. walaupun kita masih ada lagi program2 yang berbentuk hiburan,kita sedang berusaha utk mengilmiahkan bende tersebut. Hiburan itu tidak salah, cuma kalau ia disalahgunakan ia akan menjadi dosa. tapi ingatlah, usaha tu bukan mudah, byk halangannya, dan memerlukan masa..saya tahu,niat saudari baik,cuma ada beberapa perkara yang saya perlu betulkan. kalau saya dipergunakan, maka saya tidak akan memilih jalan ini dahulu... terima kasih

ShafiqAziz said...

untuk farahfarhan, tutup kejadian yang tidak diingini dengan rasuah?? saudari, tolong berikan contoh. jangan membuat fitnah. selama ini saya tidak pernah mempertikaikan apa2,saya je yang selalu dipertikaikan. sekarang saya nak pertikaikan. Kemana tanggungjawab saudari sebagai khalifah di muka bumi ini dalam menyampaikan dakwah kepada golongan-golongan bertepuk tampar ni? Pernahkah saudari mendekati mereka dalam menyampaikan dakwah? kalau pernah,sejauhmanakah kesungguhan saudari dalam menyampaikan dakwah, adakah saudari berdakwah utk melepaskan geram terhadap perbuatan mereka, atau sebab sayangkan mereka daripada terus melakukan maksiat?
Kenapa golongan yang hanyut ini perlu disisihkan? kanapa saudari yang ada fikrah islamiyah ni menolak dan membenci golongan sebegni? bukan kah kita perlu mendekati mereka dan berusaha untuk memberi pemahaman kepada mereka? ni tidak,bila jumpa golongan ni,jauhkan diri sejauh2nya. benci mereka sebenci-bencinya.(saya tidak mengatakan saudari, ini adalah insan yang terlibat sahaja). kalau saudari sudah melakukan perkara2 maaruf tersebut,alhamdulillah. kalau belum,saudari perlu memikirkannya. saudari, jawablah dengan tuhan. hanya saudari dan Allah sahaja yang akan tahu. saya tahu,saudari arif dalam bab agama, jadi tak perlu saya meminta penjelasan yang telah saudari lakukan. Saya, yakin bahawa segala usaha yang kita lakukan akan mendapat balasan, kalau benar apa yang saya usahakan,maka saya akan mendapat ganjaran, jika tidak,Allah akan memberi balasan. Matlamat seorang pendakwah tidak pernah mengajar kita memilih bulu, islam for all. jgnlah kerana dia itu aspirasi, maka kita perlu membencinya. ingat kita berdakwah utk semua.

farahfarhan said...

Assalamualaikum w.b.t

"Ya Allah, baguskanlah agamaku yang menjadi punca segala urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat kehidupanku dan baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti. Jadikanlah hidup itu sebagai bekalan segala kebaikan serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku"

Alhamdulillah.saudara telah menjawab segala persoalan yang telah sy ajukan. Komen saudara itulah yg ingin sy sampaikan kepada saudara sebenarnya. Masing-masing tahu, apakah yg sudah dilakukan dan apakah yg masih belum ditunaikan. Berkenaan dengan rasuah itu, "sy tahu apa yang saudara tidak tahu, dan mungkin juga sy tidak tahu apa yg saudara tahu". Bila berada di bwh dan menjadi org biasa(bukan berjawatan) di USM ni, banyak yg sy mengerti ttg kehidupan mahasiswa mahasiswinya. Memang tdk dinafikan, ada yg mengadu dgn saudara berkenaan dgn PTPTN lambat masuk, wireless putus2, dsb. Namun, adkh saudara menganggap semua aduan ttg keperluan hidup tersebut sudah bererti habis kesemua aduan yg ada di kampus kesayangan?? Pernah kah saudara terfikir berkenaan dengan aduan milik peribadi??Ada aduan yg saya terima berkenaan masalah peribadi ni.Tak kiralah berkaitan dengan moral ke,akhlak ke, rasuah ke. Alhamdulillah Allah s.w.t. memberi keizinan kepada sy untuk tahu ttg sesuatu. Tidak perlu sy panjangkan cerita ini krn bab2 rasuah ni xkan habis kalau masalah yg sama berulang. "Jangan disangka air yg tenang itu tidak ada buaya. Bahkan air yg tenang itu adalah suatu method atau kaedah si buaya utk menangkap mangsanya."

"Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedang kamu mengetahuinya."
-Surah Al-Baqarah : 42-

Hidup di dunia ini, x lepas dr membuat pilihan. Bermula dr bangun tidur, 2 pilihan tlh dibuat (nak bangun atau x). Kalau bangun, dapatlah dibuat kerja2 yg bermanfaat. Kalau dipilih untuk tidur, barangkali mendapat mimpi yang indah2. Sama juga dengan permainan hidup di dunia ini. Islam atau Kafir, Baik atau Buruk, Hak atau Batil, Syurga atau Neraka. Tidak ada yg boleh berada di tengah-tengah. Kita perlu membuat pilihan.Pilihan yang dibuat senang andainya seseorang itu disuluh dgn cahaya iman.Pilihan yg dibuat menentukan kesan jangka panjang mahupun yg jangka pendek.Bahkan kesannya bukan hanya pd diri sendiri shj, org lain pun turut merasakannya.

farahfarhan said...

Analoginya mudah. Kita berbicara ttg bagaimana untuk melahirkan modal insan yang berjasa kepada AGAMA, Bangsa dan Negara. Dalam masa yang sama, kita menganjurkan atau menyediakan sesuatu yang merosakkan modal insan tersebut. Justeru, mana mungkin akan lahir modal insan yg diidam-idamkan.

Segala perkongsian atau kritikan atau cadangan bukanlah bermakna pimpinan itu tidak bagus. Tetapi, apa yg ingin ditekankan adalah pimpinan mempunyai kuasa mutlak untuk melahirkan sesuatu ketidakpuasan yang dtg drpd org bawahannya.

Sy merupakan slh seorang mahasiswi kampus USM yg berada dibwh pimpinan saudara. Besar harapan sy utk melihat saudara Ydp Mpp melakukan sesuatu tindakan yg memperlihatkan saudara mementingkan Islam drpd kepentingan yg lain. Memang benar, xperlu dihebah2kan kelakuan baik yg kita laksanakan,demi menjaga hati drpd berlaku riak, menyombong diri dsb. Tetapi,apa yg turut sama difikirkan adalah title ISLAM. Islam ni, kat mana2 kita bw. Org itu baik ke, jahat ke, penagih dadah ke. Semua bw title ISLAM. Baik buruknya nama ISLAM, kitalah slh seorg org yg bertanggungjwb terhadapnya.

Justeru, angkatlah kembali nilai Islam di kampus kesayangan sy dn shbt2 yg lain. Lakukanlah apa shj yg saudara mampu lakukan, walaupun hasilnya kami xnampak. Yg penting usaha. Namun, perlu diingat, usaha kita adalah utk Islam. Bukan utk menaikkan budaya Barat, membawa masyarakat kembali kepada amalan jahiliah dsb.

Sy pun sygkan universiti juga. Disebabkan syg universitilah sy tampil utk mengajukan sesuatu agar kita semua kembali berfikir dan terus-terusan berfikir. Jgn fikir ttg ummah shj, tp bertindaklah.

Sekadar itu shj. Perkongsian yg lahir dr hati sy. Diharap saudara bersabar dgn segala yg dipuji, dikritik dsb.Sebaliknya, bersyukurlah kerana semua itulah sebenarnya yg akn mematangkan saudara.Smg berjaya utk exam. Salam

1 aqidah
Islam didahulukan, Al-Quran dan Sunnah diutamakan..

Cik Fadz said...

Assalamualaikum YDP..salam aspirasi 1 Malaysia...

1st of all..thanx a lot coz jd YDP kitorg..n sori atas kenakalan kitorg selama ni..
papepun..ingat r..ko bkn berjuang sorg..kitorg ada kat belakang ko.. kitorg akan berjuang bersama2 ko xkira r pebenda yg pihak sana kritik psl kita sume dan aspirasi.. Biarlah dorg..dorg tu pandai ckp jer..bila suh buat, byk lak alasan.. manusia.manusia.... lg 1, yg ni ak nk tujukan kat mereka2 yg komen kt atas nih..cmne la mpp thn ni nak melaksanakan program keISLAMan yang mantap kalo dah wakil mereka yang duk lantang perjuangkan time PRK dulu tuh..meting pn xde..so, ape citer ni.. renung2kan la..

p/s : YDP..terima kasih atas coretan ko di atas, mmg tu r antara suara hati ak yg ak pendam n kdg2 jd kudis utk diri ak..mmg sakit memikirkan golongan sedemikian... lg 1, sori..ayat ak xskema, ak xsuka tulis bunga2 nih..berbelit2..ak xbpe phm..lbh2 lg tme mggu exm nih..huhuhu =) selamat menduduki peperiksaan..Chaiyok..!!=)

Cik Fadz said...

salam.. lg 1, ak jugak berharap sape2 duk sodap kritik tuh..silalah maju ke hadapan sem depan..register as calon PRK..klo anda menang, sila perjuangkan janji2 anda dan keinginan anda tuh..kmi tme tu dh resign dh..so kmi lak menilai pencapaian anda..kot2 la lg baik..Alhamdulillah..Wslm..

ina said...

salam,

walaupun umur saya baru beberapa bulan kat usm,banyak perkara yang telah saya dengari dari mulut senior2 tentang perkara yang telah berlaku di usm malah ada dalam kalangan senior melontarkan kata2 yang x sedap didengari oleh telinga,mereka mengutuk mpp dengan pedasnya...saya dan kawan saya hanya mampu mengatakan..inilah nasib seseorang apabila berada diatas,mereka x lepas daripada dikutuk oleh orang ramai. saya yakin setiap pemimpin mempunyai kesabaran yg tinggi dalam mentadbir sesebuah organisasi...saya berharap ydp dapat meneruskan perjuangan ini untuk memastikan nasib mahasiswa usm terbela...sekian

RaJa UmIr YaShA said...

Salam, terima kasih atas cadangan saudari..
sebenarnya memang telah lama saya fikirkan cadangan tersebut..
sebelum menjejakkan kaki ke bumi USM ini lagi..=) UNDILAH PRO-MAHASISWA!!

Salam Pro Mahasiswa

1 Allah
1 Community
Tiada Penakluk yang Berkuasa Melainkan Allah

ShafiqAziz said...

Nasihat kepada calon yang akan bertanding di atas..selepas menjadi MPP, saudari akan diuji dengan kata-kata saudari tersebut. Waktu tu,saudari akan dapat rasa, apa yang saudari katakan selama ini.. Selamat berjuang..
Saya mendoakan bahawa saudari akan berada di dalam saf MPP, dan saya nak lihat perubahan yang saudari katakan di atas.