CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 13, 2009

Siapa mahasiswa bagi gagasan najib?

1Malaysia adalah satu gagasan yang dibentuk untuk meneruskan kesinambungan perpaduan nasional yang dipupuk sejak dari kepimpinan perdana menteri pertama lagi. 1Malaysia bukan satu benda yang baru untuk dijadikan pedoman kepada rakyat jelata. Tetapi 1Malaysia adalah penunjuk kepada aspirasi negara dalam mencapai matlamat terakhirnya iaitu perpaduan nasional.Pelbagai pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menterjemahkan gagasan 1Malaysia demi memastikan pemahaman yang menyeluruh dapat dicapai. Sejajar dengan itu, pelbagai perbincangan dan perdebatan yang telah berlaku dikalangan masyarakat negara kita demi mencapai pemahaman yang holistik.


Dalam usaha untuk mencapai matlamat akhir gagasan 1Malaysia ini, mahasiswa perlu untuk memainkan peranan dalam memastikan perpaduan nasional yang kita kecapi pada hari ini semakin utuh. Mahasiswa adalah golongan intelektual yang akan menjadi tonggak kepada perpaduan negara kita pada masa akan datang. Golongan intelek ini yang akan memacu dan membawa masyarakat kepada keharmonian hidup pada masa akan datang. Namun begitu, mahasiswa pada hari ini tidak ramai yang sedar akan peranan yang perlu untuk dimainkan oleh mereka dalam memastikan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara kita tercapai. Sebenarnya mahasiswa boleh memainkan peranan dalam memastikan perpaduan nasional tercapai. Antaranya, memahami perbezaan antara kaum, bertolak ansur atas kelebihan yang ada, mengelakkan kontrovesi antara kaum dan sebagainya.


Namum begitu, beberapa cabaran yng perlu ditempuh oleh mahasiswa. Antaranya mahasiswa pada hari ini didedahkan dengan pelbagai berita dan kabar-kabar angin yang boleh mengancam perpaduan nasional. Jika mahasiswa tidak mempunyai pengetahuan yang tepat, sudah semestinya mahasiswa akan terpengaruh dengan kabar angin tersebut. Kesannya, mahasiswa akan diperkudakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Jika mahasiswa begitu mudah diperkudakan maka, hasrat untuk mengutuhkan perpaduan nasional di negara kita akan terkubur.


Mahasiswa pada perlu untuk memahami peranan dan cabaran yang akan mereka hadapi. Maka 1Malaysia adalah satu petunjuk kepada mahasiswa untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk merealisasikan impian perpaduan nasional yang utuh.

3 comments:

Aziz A'zmi said...

salam tuan ydp...

berkenaan dgn cabaran yg dihadapi mahasiswa, mmg ia satu realiti yg perlu kita hadapi..bg kita yg menyedarinya dan berfikiran rasional tidaklah menjadi masalah.

yg menjadi masalah apabila segelintir mahasiswa yg berjuang tanpa menyedari matlamatnya sudah menyimpang jauh dek kerana pemikiran mereka telah diracuni oleh kumpulan tertentu dari luar yang mempunyai kepentingan.

sudah menjadi tugas kita utk memikirkan cara menyedarkan golongan ni drpd terus membawa ideologi anasir luar. sy sendiri sering diprovokasi oleh seorg sahabat berhaluan kiri yg mmg degil dan fanatik dn sy tidak jemu menepis hujah2 beliau. tp, smpai bila???

hmm..byk nk kene pikir nii...

Anonymous said...

salam ziarah..
mintak izin nak link blog akhi...
http://jejakmujahadah.blogspot.com/

Unknown said...

slm...
blh tlg tak send emel ttg modul 1mahasiswa 1aspirasi 1malaysia
to alya_mestika@yahoo.com