CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 10, 2009

Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Alhadulilllah tamat sudah Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan(MPPK). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato, Hj. Muhyiddin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri negara kita. Mesyuarat ini dianggotai oleh perwakilan pelajar daripada IPTA dan IPTS , kementerian-kementerian, dan beberapa jabatan perkhidmatan awam.


Beberapa cadangan yang telah pun dibentangkan oleh perwakilan pelajar antaranya, Pemerkasaan Mutu dan Kualiti Pendidikan Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah,Transformasi Ekonomi Malaysia ke Arah Persaingan Kompetitif, Cadangan Penubuhan Pusat Kajian Non-Traditional Security Issues, Isu Pengangkutan Awam Melibatkan Golongan Pelajar dan Mahasiswa Di Malaysia dan Isu Pembangunan Wanita. Pada pandangan saya isu yang dibentangkan oleh perwakilan amat menarik untuk direalisasikan. Saya amat berharap agar isu-isu ini dapat direalisasikan dan bukan hanya di dalam mesyuarat sahaja.


Sebenarnya, ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh perwakilan dalam mesyuarat tersebut, antaranya isu PTPTN, isu kelestarian alam sekitar negara, masalah sosial belia, isu 10 subjek dalam SPM, masalah infrakstuktur di sabah dan Sarawak dan isu penghantaran pelajar keluar negara. Pada hemat saya, mahasiswa pada hari ini sudah semakin peka terhadap isu masyarakat sekeliling dan bukan hanya membincangkan isu di kampus semata-mata. InsyaAllah, sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saya melalui blog ini. Sekian


Yang Dipertua MPPUSM dan Majlis Tertinggi

Jemaah Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia

11 comments:

end said...

alhamdulillah.. selamat maju jaya..

Anonymous said...

selamat berjuang sahabat..

cintakan usm...

FuzAma said...

hahaha...berjaya juga scan gambar tu ye...hahahha...

Unknown said...

wahh....YDP MPP yg hebat lg mantap lg bergaya lg berkarisma lg x kuat antibody badan sbb slalu demam. kihkihkih...

ShafiqAziz said...

ceh, sempat lagi tu abg azhar. Gud luck debat perpaduan!

Anonymous said...

ooo betul ke kurang kuat antibody???? jeng jeng kene wat sesuatu hahahha

mashitah izzati said...

"mahasiswa pada hari ini sudah semakin peka terhadap isu masyarakat sekeliling dan bukan hanya membincangkan isu di kampus semata-mata"-shafiq

salam

akak suka this quote. Ok dik, next steps kna bangunkan jiwa2 mahasiswa...

belajar dari kesusahan kt akan lebih kenal siapa diri kita...

ok,selamat maju jaya

Muhamad Affandi Abd Malik said...

salam..maaf menyibuk..cuma saya ingin lontarkan rasa tak bersetuju dengan saudara YDP MPP USM.

Lontaran idea saudara dalam rancangan bicara siswa tempoh hari buat saya benar-benar terkejut.

Soalan yang ditanya apa beza mahasiswa 70an dan mahasiswa kini yang dikatakan lesu.

Saudara menyatakan tiada bezenya dan memberikan contoh tatkala banjir di johor mahasiswa lah yang ramai turun padang..

saudara sepatutnya memahami soalan tersebut.Mahasiswa 70an memang sama dengan mahasiswa masa kini dari segi aktiviti.

tetapi saudara harus memahami aktiviti mahasiswa punya 3 jenis..aktiviti sekadar aktiviti,aktiviti melibatkan bakti dan aktiviti melibatkan advokasi.

Yang kurangnya mahasiswa kini berbanding senior2 kita di zaman 70an ialah kita gagal dalam melaksanakan tanggungjawab advokasi ini(Mempengaruhi keputusan pemerintah)

Mahasiswa kini even MPP pun tidak berani mengeluarkan kenyataan dan pendirian terhadap pelbagai isu masyarakat.Tunggu pak2 menteri bagi penjelasan.

saudara sebagai YDP dari IPTA sepatutnya menggunakan kuasa pendesak sebagai mahasiswa untuk mengembalikan kegemilangan mahasiswa sebagai rakan pembinan negara.

MPPK sepatutnya digunakan oleh para YDP untuk menytakan pandangan.MPPK dilihat platform dan suara terbaik mahasiswa.

Mahasiswa merupakan intelektual muda.Dato najib pun dalam ucapan beliau mengakui zaman kerajaan mengetahui segalanya telah berakhir.Inilah peluang mahasiswa untuk berpatisipitasi secara aktif dalam isu-isu nasional.

Saya mintak maaf kalau kalau melampau tetapi sekadar luahan dari pelajar IPTS yang tak dapat join MPPK.hehehe

ShafiqAziz said...

salam, kepada fendi malik
Emm,pecahan 3perkara yang saudara katakan aktiviti,bakti, dan advokasi adalah perkara yang betul. cuma saya nak betulkan sedikit lagi. mungkin anda terdegar tiga pecahan ni daripada dato'saifuddin timbalan menteri pengajian tinggi negara kita, mungkin juga daripada sumber-sumber lain.
Pada hemat saya,melalui pertemuan dengan beliau di USM ketika dahulu. advokasi yang dimaksudkan oleh dato' saifuddin adalah aktiviti yang berbentuk pembudayaan,kempen2 yang boleh memberi kesan kepada masyarakat, dan bukan mempengaruhi keptusan pemerintah.

kenapa kita mahu melebel mahasiswa kita lesu?
siapa kita nak melebelkan mahasiswa kita lesu? kenapa jadi terlampau negatif?
kenapa ada sebilangan mahasiswa yang bangga mengatakan diri mereka lesu?
bukankah kata-kata itu adalah doa?
mahasiswa sepatutnya mempertahankan maruah mereka daripada dicemuh lesu.
Pada hemat saya, mahasiswa pada hari ini telah sedar akan perkara-perkara ini. Byk aktiviti,bakti, dan advokasi telah dilakukan.

Anda mempersoalkan tentang MPPK, adakah anda sebahagian daripada MPPK? Bagaimana anda membuat andaian terhadap kelantangan MPPK kepada kerajaan sedangkan anda tidak berada di dalam MPPK tersebut.

Kuasa pendesak? agak menarik penyataan ini. Kita dah desak,pelbagai resolusi,cdgn,dan desakan telah dihantar kepada kerajaan negara kita.
Pelbagai isu telah dibangkitkan,isu pendidikan,isu masyarakat luar bandar dan sebagainya. adakah ini tidak cukup mendesak? sahabat, ingatlah tak semua hajat kita dikota. mungkin pada kita, kita nampak semuanya boleh,semuanya kerajaan kene buat. tapi kita kene ingat, kerajaan juga ada kekangan dan alasan mereka yang tersendiri utk tidak melaksanakan apa yang kita minta.

kita perlu pandai berfikir, jangan nak asyik menuding jari dan menyalahkan kerajaan. be rasional.

Semoga kita dapat renungkan bersama-sama.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum shafiq..2010,mgkin ada relevannya pernyataan yang kita jangan asyik menyalahkan kerajaan tetapi pada skrg ni iaitu 2017 rakyat dah pandai berfikir yang menyebabkan mereka menuding jari dan menyalahkan kerajaan.Hakikatnya itulah realiti buat masa kini..=) #pray.for.all.of.islamic countries.#pray.for.malaysia.