CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

Wahai Melayu, Cina dan India sedarkah kalian?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama. Sedarkah kita sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang negara kita kecapi pada hari ini? Walaupun kita berada dalam masyarakat yang majmuk, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Kedua, sedarkah kita bahawa negara kita merupakan negara majmuk yang mempunyai permusuhan antara kaum yang paling terhad dalam dunia, jika kita hendak bandingkan dengan pembersihan etnik atau kaum (ethnic cleansing) iaitu pembunuhan antara kaum secara besar-besaran berlaku di Rwanda,Bosnia,Sudan dan Kosovo. Perbezaan kaum di negara-negara ini tidak diterima baik sebagaimana kita menerima baik perbezaan antara kaum di negara Malaysia.

Renung-renungkan, bahawa kita perlu untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada. Mengapa kita asyik mencari titik perbezaan? sedangkan titik persamaan itu lebih murni untuk kita jadikan kekuatan sebagaimana yang telah disarankan oleh Perdana Menteri kita' 1Malaysia'. Jika dibandingkan dengan negara-negara majmuk dalam dunia. kita sudah mempunyai kekuatan daripada segi penerimaan antara kaum.
Jadi, renung-renungkan...

4 comments:

GoLd SworD said...

baik..!!...saya sedar Tuan..!!!

Cik Fadz said...

hurm..utamakan pengisian yang ringkas dan padat..hehehe..
Hidup YDP...

elfa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
elfa said...

saya setuju sangat..
kita perlu bersyukur wahai melayu, cina n india..

kita tak macam Indonesia yang mengamalkan konsep satu negara, satu bangsa(walaupn mereka terdiri dari beratus jenis suku kaum)..

mereka bersatu dengan bahasa nan satu iaitu bahasa Indonesia. mereka berjaya memartabatkan bahasa kebangsaan mereka. sampaikan orang cina mahupun orang india begitu fasih berbahasa Indonesia(tak macam kat Malaysia kan).

mungkin itu konsep 1Indonesia mereka pula kan. orang cina dan orang india di sana tidak diperiktiraf sangat seperti yang berlaku di Malaysia. cuma lepas zaman gus dur, barulah ada perayaan mereka dimasukkan dalam kalendar termasuklah hari valentine, raya cina dan thaipusam.

ini menimbulkan kemarahan penduduk Indonesia sebenarnya. yelah penduduk tetap mesti nak mempertahankan dan menguasai negara sendiri.

berbeza kan dari di Malaysia.
semua dapat peluang. melayu, cina mahupun india..

jadi marilah kita bersyukur...^^