CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 25, 2009

Nak kasi pandangan kepada Timbalan Perdana Menteri?

Pada 9 Jun 2009 ini, saya dan beberapa rakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar akan bertemu dengan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia,di Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar-Pelajar Kebangsaan di Malaysia International Exhibition& Convention Center (MIECC),Seri Kembangan, Selangor. Perjumpaan ini akan membincangkan tentang isu-isu mahasiswa diperingkat nasional. Di peringkat MPPUSM, kami akan membawa beberapa isu meliputi aspek kebajikan pelajar,Dasar Pembangunan Mahasiswa,kerohanian, dan intelektual mahasiswa. Jadi, kepada semua pembaca yang mempunyai sebarang isu yang hendak dikongsi dan dibincangkan, boleh kirimkan komen anda di blog ini ataupun di email atomicboy_88@yahoo.com. Kerjasama anda amat saya hargai.

3 comments:

abu musarrif bin abu bakar said...

satu usaha yang bek,usulkan cadangan2 yang boleh membina perwatakkan dalaman mahasiswa hari ni..

::Aliffadhol:: said...

salam abg syafiq..hehe..skang kene panggil YB dah la..heheh..

cumenye sye nk tau ap langkah kerajaan dalam menangani sikap pelajar yang hanya belajar untuk periksa...
kesannya kita lihat pada remaja kini..belajar macam2..agama blaja..tapi sume utk perikse..so...ilmu tu tak masuk ke hati...
pkare ni agak serius la dan makin meruncing...

GoLd SworD said...

sapik.cuba tanya PM...sejauh mana kata-kata "PM RAKYAT" tu akan diaplikasikan terhadap golongan-golongan Mahasiswa..

IKLAN : soal kata, hati boleh tipu..soal rasa, hati mmg xboleh tipu...:)