CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 10, 2009

Rintihan kita...



Assalamuaikum dan selamat sejahtera. Hari ini masuk hari ke 16 bumi Palestin diserang bertalu-talu oleh rejim Zionis.Pada hari ini, di Geneva Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Israel disiasat atas tuduhan jenayah perang berhubung pengeboman sebuah rumah yang sesak dengan orang awam Palestin yang berlindung daripada bedilan tentera rejim Zionis berkenaan. Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Kemanusiaan, Navi Pillay, berkata pengeboman itu mempunyai unsur jenayah perang. Tetapi sejauh mana keberkesanan siasatan itu dilakukan?adakah ia hanya sekadar siasatan dan tidak ada tindakan susulan terhadap jenayah yang dilakukan?

Sudah 16 hari bumi Palestine di ceroboh dan penduduknya dibunuh dengan kejam, anak-anak kecil dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Dimanakah suara PBB yang sepatutnya menjadi egen mengawal kedamaian dunia? kemana resolusi-resolusi yang dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB untuk menjaga keamanan sejagat?

Lihatlah pada hari ini, kanak-kanak yang akan menjadi pewaris generasi Palestine berdiri kaku melihat ibu dan bapa mati dibunuh dihadapan mereka? dimana nilai ihsan insani? sehubungan dengan itu, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
"Ada empat orang kanak-kanak kecil yang terlalu letih untuk berdiri selepas dibiarkan selama 48 jam cuba mengangkat ibu mereka yang sudah mati.
"Mengikut peraturan perang, askar mempunyai tanggungjawab melayan dengan sempurna mereka yang cedera dalam pertempuran," kata ICRC. lihatlah betapa kesian dan sedihnya kita melihat bagaimana kanak-kanak itu diperlakukan sedemikian. cuba kita bayangkan ibu-bapa kita diperlakukan sedemikian, di hadapan mata kita sendiri, ya Allah, betapa siksanya diri kita untuk menhadapinya.
Mengikut laporan yang dibuat jelas menunjukkan bahawa kekejaman yang telah dilakukan tidak boleh kita maafkan.
Sebagai mahasiswa kita boleh melakukan pelbagai perkara, misalnya menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan kepada mereka disana,bantuan kewangan tersebut akan ditukarkan kepada bentuk ubat-ubatan, makanan, keperluan asas, dan sebagainya.
Semoga kita mendoakan kesejahteraan bumi Palestin dapat dipulihkan. ameen.

3 comments:

izatul islam said...

Janji Allah kepada hambaNYa...

"Diwajikan kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

izatul islam said...

USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Palestin yang berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :

A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

Lea Isnawi said...

tahniah...
dh jadi ydp mpp usm kan?
selamat memimpin
=)