CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 5, 2008

Mahasiswa kita tersepit?


Mahasiswa kita pada masa kini sudah semakin tersepit dengan isu-isu yang tidak sahih dan tidak tepat. Fenomena ini semakin kronik akibat daripada pemikiran mahasiswa yang tidak mahu menganalisis sesuatu isu daripada pelbagai sudut. Mahasiswa kini hanya menganalisis sesuatu isu itu dengan bersumberkan satu maklumat sahaja, akibat daripada maklumat yang sedikit dan belum pasti kesahihannya ini, maka mahasiswa kita pada hari ini akan memahami sesuatu isu itu secara melulu dan tidak berasas. Kesan daripada pemahaman yang melulu dan tidak berasas ini akan menyebabkan mahasiswa kita pada hari ini tidak mempunyai jati diri yang unggul. Jati diri yang unggul ini amat penting untuk memastikan mahasiswa tidak lupa diri apabila berada dalam masyarakat kelak. Mahasiswa kita pada hari ini semakin tersepit dengan isu-isu yang berunsur fitnah dan berunsur penipuan. Maka mahasiswa sepatutnya lebih berhati-hati dalam menganalisis sesuatu isu yang datang kepada mereka. Mahasiswa kini lebih mudah untuk mengambil fakta-fakta daripada rakan-rakan, senior-senior dan individu-individu yang tidak bertanggungjawab.
Mahasiswa kini seharusnya menganalisis sesuatu isu dengan berpandukan fakta daripada pelbagai sumber, kerana dengan sumber yang pelbagai mahasiswa akan mendapat menganalisis sesuatu isu itu dengan tepat. Seharusnya mahasiswa kini perlu untuk mendapatkan fakta-fakta untuk memahami sesuatu isu daripada ahli-ahli akademik dan sumber-sumber yang berautoriti.
Kawan-kawan sekalian, saya ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana alternatif untuk memahami dan menganalisis sesuatu isu. Contohnya, untuk memahami isu AUKU. Beberapa persoalan yang perlu untuk dilakukan untuk memahami isu ini sebelum kita membuat sebarang penilaian. Pertama, Apa itu AUKU? adakah kita sudah membaca dan memahami AUKU itu sendiri? Kedua, membezakan frasa-frasa. Apakah beza antara memansuhkan AUKU dan memindakan AUKU? Beberapa persoalan ini perlu untuk kita analisis sebelum kita memahami sesuatu isu itu. Pemahaman kita tidak seharusnya berpandukan kepada cakap-cakap orang sahaja, kerana cakap-cakap orang akan menyebabkan kita menjadi tersepit dengan isu-isu yang berbentuk fitnah. Berkenaan dengan isu AUKU, kita boleh mendapatkan maklumat daripada Buku AUKU itu sendiri, majalah-majalah akedemik, akhbar-akhbar dan individu-individu yang bertanggungjawab. Bersama menjadi mahasiswa gemilang!

3 comments:

Wan Fara said...

hai syaafiiiq...!!
ingat akk g tak? :)
de mse dtg la lwt blog akk

FuzAma said...

hahaha..kak fara dah promote blog dia..akak pun nak jg..shafiq! ko kena lawat blog akak jg..dah tu add jgk k..tak kira apapun terjadi..hua3...

A Mutalib said...

wah..shafiq pun blogging skarang.hehe.nice.keep up!