CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

Jangan Marah ok.

Hindari Perasaan Marah!!!!

“ Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya” – imam syafie-

Asal usul Marah dan Bahayanya?
· Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau ego. Sifat pemarah ada pada hampir semua orang seperti sikap hasad dengki.
· Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian kepada kita. Allah mahu melihat bagaimana kita bersabar dan malu kepada Allah dengan mengucapkan, “inna lillah wainna lillahi raji’un”

Zoom in cerita!
Pernah ditanya Ahnaf Bin Qais, bagaimana dia mendapat mengekalkan sifatnya yang lemah lembut. Ahnaf menjawab, “Aku belajar dengan Qais bin Asim. Pada suatu hari, sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.
Qais melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman, “ Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu” begitulah sopan santun dan pemaafnya Qais bin Asim,” kata Anhar mengakhiri cerita.
Bukan Qais tidak menyayangi anaknya, tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah daripada Allah. Jika dia bertindak memarahi hambanya, hakikatnya dia memarahi Allah. Dia reda dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan kalau ataupun barangkali. Dia tidak merasakan dirinya ‘tuan’ kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah daripada Allah. Apabila sampai masanya, Allah akan mengambil kembali.
Kita perlu mengubati hati. Kita perlu membuang rasa ‘ketuanan’ yang menyebabkan kita menjadi pemarah.

Mudah mudahan kita dapat muhasabah diri kita sendiri.Ameen

Friday, December 5, 2008

Mahasiswa kita tersepit?


Mahasiswa kita pada masa kini sudah semakin tersepit dengan isu-isu yang tidak sahih dan tidak tepat. Fenomena ini semakin kronik akibat daripada pemikiran mahasiswa yang tidak mahu menganalisis sesuatu isu daripada pelbagai sudut. Mahasiswa kini hanya menganalisis sesuatu isu itu dengan bersumberkan satu maklumat sahaja, akibat daripada maklumat yang sedikit dan belum pasti kesahihannya ini, maka mahasiswa kita pada hari ini akan memahami sesuatu isu itu secara melulu dan tidak berasas. Kesan daripada pemahaman yang melulu dan tidak berasas ini akan menyebabkan mahasiswa kita pada hari ini tidak mempunyai jati diri yang unggul. Jati diri yang unggul ini amat penting untuk memastikan mahasiswa tidak lupa diri apabila berada dalam masyarakat kelak. Mahasiswa kita pada hari ini semakin tersepit dengan isu-isu yang berunsur fitnah dan berunsur penipuan. Maka mahasiswa sepatutnya lebih berhati-hati dalam menganalisis sesuatu isu yang datang kepada mereka. Mahasiswa kini lebih mudah untuk mengambil fakta-fakta daripada rakan-rakan, senior-senior dan individu-individu yang tidak bertanggungjawab.
Mahasiswa kini seharusnya menganalisis sesuatu isu dengan berpandukan fakta daripada pelbagai sumber, kerana dengan sumber yang pelbagai mahasiswa akan mendapat menganalisis sesuatu isu itu dengan tepat. Seharusnya mahasiswa kini perlu untuk mendapatkan fakta-fakta untuk memahami sesuatu isu daripada ahli-ahli akademik dan sumber-sumber yang berautoriti.
Kawan-kawan sekalian, saya ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana alternatif untuk memahami dan menganalisis sesuatu isu. Contohnya, untuk memahami isu AUKU. Beberapa persoalan yang perlu untuk dilakukan untuk memahami isu ini sebelum kita membuat sebarang penilaian. Pertama, Apa itu AUKU? adakah kita sudah membaca dan memahami AUKU itu sendiri? Kedua, membezakan frasa-frasa. Apakah beza antara memansuhkan AUKU dan memindakan AUKU? Beberapa persoalan ini perlu untuk kita analisis sebelum kita memahami sesuatu isu itu. Pemahaman kita tidak seharusnya berpandukan kepada cakap-cakap orang sahaja, kerana cakap-cakap orang akan menyebabkan kita menjadi tersepit dengan isu-isu yang berbentuk fitnah. Berkenaan dengan isu AUKU, kita boleh mendapatkan maklumat daripada Buku AUKU itu sendiri, majalah-majalah akedemik, akhbar-akhbar dan individu-individu yang bertanggungjawab. Bersama menjadi mahasiswa gemilang!